Sunday 10 July 2016

Selamat Datang Ke Laman Blog
SEKOLAH PENGENDALI MAKANAN
SLPM TERAJU INFO
(NO.RUJ.KKM-163/1/SLPM/T22)


SLPM TERAJU INFO (NO.RUJ.KKM-163/1/SLPM/T22) merupakan sebuah syarikat yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di bawah seliaan Bahagian Kualiti Dan Keselamatan Makanan (BKKM). Aktiviti utama SLPM TERAJU INFO lebih tertumpu kepada menjalankan kursus pengendalian makanan kepada para pengusaha dan pengendali makanan di seluruh Malaysia dalam bidang kebersihan dan keselamatan makanan.Kami sentiasa komited untuk meningkatkan kefahaman dalam bidang kebersihan dan keselamatan makanan kepada setiap pengendali makanan.

Kami bertanggungjawab untuk memasti dan menyampaikan maklumat yang tepat dan betul kepada setiap pengusaha makanan dalam penekanan aspek-aspek kebersihan dan keselamatan makanan serta etika yang penting dalam pengendalian dan pengurusan makanan yang bakal dihidangkan kepada pembeli.


Kami berusaha untuk sama-sama berganding bahu dengan pihak berkuasa tempatan serta kerajaan dalam menangani masalah premis kotor dan mengelakkan dari masalah keracunan makanan yang kini berleluasa terutamanya di sekolah-sekolah.