Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
Ramai yang masih tidak mengetahui tentang Sijil Kursus Latihan Pengendalian Makanan. Untuk apa sijil ini?
Secara ringkasnya sijil pengendali makanan ini diperlukan untuk tujuan berikut:
1) Permohon lesen perniagaan yang melibatkan makanan dan atau minuman
2) Permohonan permit bazar Ramadhan, pasar malam atau pasar tani.
3) Permohonan pensijilan HALAL dan GMP
4) Pra syarat pinjaman TEKUN yang melibatkan perniagaan makanan dan atau minuman.
Tidak memiliki sijil pengendali makanan boleh dikenakan kompaun,denda atau penjara selama 2 tahun.
Justeru, tahap kebersihan yang kurang memuaskan dan kes keracunan makanan yang banyak berlaku menyebabkan peraturan dan undang-undang perlu dilaksanakan. Islam telah lama menekankan mengenai kebersihan tetapi umat akhir zaman ini masih tidak mengamalkannya.
Sama-samalah kita menjaga tahap kebersihan demi kebaikan bersama.
Siapa yang wajib hadir kursus pengendalian makanan ini?
Masih ramai yang tertanya-tanya adakah kursus ini untuk pemilik premis sahaja..??
Kursus ini sebenarnya wajib kepada semua pemilik, pengurus dan pekerja yang terlibat secara langsung memegang atau menyentuh makanan/minuman.
Giant contohnya, semua staff yang terlibat perlu menjalani kursus latihan pengendali makanan ini. Termasuk juga pasaraya-pasaraya yang menjual barangan basah.
Kursus ini dijalankan secara berterusan dan telah diperkenalkan pada tahun 1998. Akibat berlakunya banyak masalah berkaitan makanan seperti keracunan makanan dan premis yang kotor. Malahan juga sering kali dilihat pemandangan tidak enak setiap kali selesai berniaga di tapak pasar malam dan ekspo.
Kursus LPM ini juga bertujuan memberi pendedahan dan kesedaran kepada semua pengendali makanan mengenai aspek-aspek kebersihan dan keselamatan makanan, diri pengendali dan premis makanan.
Sejak tahun 2009, kursus ini hanya perlu dihadiri sekali seumur hidup berbanding sebelum tahun 2009 dimana pengendali makanan perlu menghadirinya setiap 3 tahun sekali.
Individu yang terlibat dalam mengendali makanan di semua premis makanan berikut:
* Kilang Makanan
* Restoran/Kafeteria/Kedai Makan
* Kantin Sekolah/Asrama/IPTA/IPTS/Kilang/Pejabat
* Pasaraya/Kedai Runcit
* Kedai Kek/Bakeri//Roti
* Pusat Jagaan Kanak-Kanak/Tabika
* Katering
* Hotel/Resort
* Gerai Makan/Penjaja Makanan/Pasar Malam
* Dapur Hospital
* Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN)
* Kilang Penyembelihan
No comments:
Post a Comment