Selamat Datang Ke Laman Blog
SEKOLAH PENGENDALI MAKANAN
SLPM TERAJU INFO
(NO.RUJ.KKM-163/1/SLPM/T22)
SLPM TERAJU INFO (NO.RUJ.KKM-163/1/SLPM/T22) merupakan
sebuah syarikat yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di
bawah seliaan Bahagian Kualiti Dan Keselamatan Makanan (BKKM). Aktiviti utama
SLPM TERAJU INFO lebih tertumpu kepada menjalankan kursus pengendalian makanan
kepada para pengusaha dan pengendali makanan di seluruh Malaysia dalam bidang
kebersihan dan keselamatan makanan.Kami sentiasa komited untuk meningkatkan
kefahaman dalam bidang kebersihan dan keselamatan makanan kepada setiap
pengendali makanan.
Kami bertanggungjawab untuk memasti dan menyampaikan
maklumat yang tepat dan betul kepada setiap pengusaha makanan dalam penekanan
aspek-aspek kebersihan dan keselamatan makanan serta etika yang penting dalam
pengendalian dan pengurusan makanan yang bakal dihidangkan kepada pembeli.
Kami berusaha untuk sama-sama berganding bahu dengan pihak
berkuasa tempatan serta kerajaan dalam menangani masalah premis kotor dan
mengelakkan dari masalah keracunan makanan yang kini berleluasa terutamanya di
sekolah-sekolah.
No comments:
Post a Comment