Sekolah Pengendali Makanan Teraju Info ditubuhkan pada 3 Februari 2015. Penubuhan institusi ini adalah berteraskan perkara berikut :
Kurangnya usaha penggalakan dan pengembangan pengetahuan dan maklumat berkaitan kebersihan dan keselamatan makanan oleh pihak swasta.Pengetahuan dan maklumat berkaitan kebersihan dan keselamatan makanan di pandang enteng oleh sesetengah pemilik premis kerana hanya mementingkan keuntungan semata-mata.
Masih terdapat banyak kes-kes keracunan makanan yang berlaku di negara ini khususnya di kantin sekolah.Tujuan utama penubuhan institusi pengendali makanan ini adalah untuk memelihara kebersihan dan keselamatan makanan di peringkat kebangsaan dengan tunjuk ajar dan garis panduan dari Bahagian Kualiti Dan Keselamatan Makanan KKM. Pelbagai usaha telah dijalankan bagi mempertingkatkan serta memperbaiki tahap kesedaran berkaitan kebersihan dan keselamatan makanan di Malaysia termasuk di premis makanan seperti di kilang-kilang, restoran-restoran, kantin sekolah serta dapur asrama.
Kami menyediakan bilik kuliah yang selesa serta peralatan multimedia yang dilengkapi dengan LCD Projektor dan peralatan untuk latihan amali juga ada disediakan bagi tujuan pengajaran dan pemahaman yang lebih kepada para peserta kursus.
Bagi kursus secara in-house, bersedia untuk memberikan kursus di premis atau dilokasi syarikat-syarikat persendirian mengikut keperluan yang ditentukan.
No comments:
Post a Comment