Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera,
Kepada anda yang masih belum menghadiri kursus pengendalian
makanan sila buat pendaftaran dengan segera bagi mengelakkan anda dikenakan
kompaun ataupun denda sebanyak RM10 ribu atau dipenjara selama 2 tahun.Untuk
makluman sijil pengendalian makanan ini adalah wajib kepada semua pengendali
makanan di premis menjual makanan dan juga minuman.
Kementerian Kesihatan mewajibkan kursus ini berikutan banyak kes keracunan
makanan dan minuman berlaku disebabkan sikap pengendali makanan yang
mengabaikan kebersihan diri, kebersihan premis,peralatan dan juga bahan makanan
serta minuman yang digunakan dalam jualan.
Kami bertanggungjawab untuk memasti dan menyampaikan maklumat yang tepat dan
betul kepada setiap pengusaha makanan dalam penekanan aspek-aspek kebersihan
dan keselamatan makanan serta etika yang penting dalam pengendalian dan
pengurusan makanan yang bakal dihidangkan kepada pembeli.
Kami berusaha untuk sama-sama berganding bahu dengan pihak
berkuasa tempatan serta kerajaan dalam menangani masalah premis kotor dan
mengelakkan dari masalah keracunan makanan yang kini berleluasa terutamanya di
sekolah-sekolah,kilang-kilang,pasaraya dan sebagainya.
Terima Kasih
Yang benar,
PUAN NOOR HASNIZA HAJI ZAINAL
Koordinator Sekolah Pengendali Makanan TerajuInfo
Terima Kasih
Yang benar,
PUAN NOOR HASNIZA HAJI ZAINAL
Koordinator Sekolah Pengendali Makanan TerajuInfo
No comments:
Post a Comment